Thursday 10 March 2011

ERTI SEBUAH KEMAAFAN

Luka di tangan nampak darahnya,luka di hati siapa yang tahu.Begitu pedih hati yang terluka.Jadi timbul pula satu persoalan,apakah ada pengubatnya??Apabila tangan terluka akan meninggalkan parut.Begitu juga apabila hati kita dilukai ataupun cedera emosi ia tetap meninggalkan parut di hati nurani kita.Parut ini seolah-olah bertujuan melindungi kita daripada dilukai lagi,Hati kita menjadi keras dan kebal terhadap dunia luar terutama orang yang penah melukai hati kita.

HAPUSKAN TERUS LUKA EMOSI LAMA
Luka emosi lama tidak boleh diubati dengan apa bentuk perubatan tradisional mahupun oleh doktor pakar.Luka tersebut hendaklah dihapuskan terus daripada ingatan dengan meluputkan ingatan yang silam.Ia hanya boleh dilakukan melalui keazaman dan kekuatan mental.
Contoh kisah sepasang suami isteri::
Si isteri mendapati suaminya berlaku curang terhadapnya dan membuatkan dia menaruh perasaan dendam dan ingin membalas dendam.Setelah mendapat nasihat daripada alim ulama dan ahli keluarga,si isteri bersetuju memaafkan suaminya.Dia tidak pula meninggalkan suaminya atau mencemuhnya.Sebaliknya dia menjalankan tugasnya sebagai isteri seperti biasa.Si isteri sebaliknya telah membalas dendamnya dengan pelbagai penolakan yang tidak kelihatan pada mata kasar,tetapi lahir daripada sikap dingin yang wujud daripada hatinya yang keras dan bebal.
Suaminya merasai kedinginan daripada ketidakrelaan isterinya.Apabila suaminya bertanya mengenai sikap dinginnya,isteri menjawab yang dia "telah memaafkan" tetapi tidak dapat "melupakannya".
Apa yang pasti,pembalasan yang diberi menjadi tamparan hebat kepada suami,manakala bagi isteri pula,ia menjadi racun yang merosakkan jiwa dan egonya.
Kedua-duanya akan menjadi lebih bahagia jika kemaafan diberi dengan sepenuh hati dan penuh kerelaan.Jika isteri enggan,lebih baik dia tidak memberi kemaafan langsung daripada memberi kemaafan yang tidak sepenuh hati...

KEMAAFAN HAPUS PARUT LUKA EMOSI
"saya boleh memaafkan,tetapi tidak boleh melupakan",samalah seperti "saya tidak memaafkan".Kemaafan sepatutnya diberi seperti nota ataupun kontrak yang dibatalkan dan dikoyak kemudian dihapuskan terus supaya ia tidak dipersoalkan lagi pada masa akan datang.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas,jujur dan sepenuh hati diikuti dengan hasrat mahu melupakan terus adalah umpama pisau bedah yang membuang segala nanah daripada luka emosi yang lama,menyembuh dan akhirnya menutupi tisu parut.
Kemaafan yang diberi separuh hati atau berpura-pura maaf samalah seperti satu pembedahan yang dibuat separuh jalan.Hasilnya,luka lama pasti akan bernanah kembali dan parutnya tetap ada.
Kemaafan yang telah diberi harus dilupakan buat selama-lamanya,begitu juga dengan keterlanjuran yang dimaafkan.Jika ia masih diingati,maka kemaafan hanya tinggal kemaafan kerana pedihnya tetap terasa.....

No comments:

Post a Comment