Thursday 10 March 2011

Berangkat Pulang..

Hari ni little dah nak berangkat pulang ke kL..macam sayang je cuti lg berapa hari tinggal...tapi takpela,nanti ada cuti balik lagi..minggu depan dah nak start kelas..hope semuanya berjalan ngn lancar..untuk adik2 satu rumah,rindu korang sangat2...macam dah cuti lama kan...nanti tak tahu lagi bila nak post,hope kat sana nanti adela masa sikit untuk blog nie...(^_^)

ERTI SEBUAH KEMAAFAN 2

Ubat yang paling mujarab bagi meghilangkan rasa benci dan dendam yang akan mendorong ke arah kemaafan adalah rasa kasih sayang....
PETUA MENDORONG KE ARAH KEMAAFAN
  • Ambil sekeping kertas dan tulis segala peristiwa serta kata-kata orang yang melukai hati kita atau yang kita dendami.Kemudian koyak dan bakar kertas itu sehingga menjadi abu.Ini bererti luputlah sudah perasaan marah dan dendam terhadapnya dan kita berada dalam keadaan bersedia untuk memaafkannya.
  • Jangan sekali-kali kita kita menghakimi dan menghukum kesalahan siapa yang lebih berat bagi menentukan siapa yang perlu meminta maaf dulu.Hanya TUHAN yang dapat mengadili akan beratnya kesalahan dan dosa seseorang itu.Sekiranya hati kita terlalu berat untuk memaafkan,kita perlu berdoa agar TUHAN memberi kekuatan untuk membersihkan hati nurani kita.
  • Bayangkan diri kita adalah orang yang kita dendami itu dan tanya diri kita sama ada kesilapan itu hanya terletak di pihaknya semata-mata ataupun sebahagiannya adalah sikap kita sendiri.
  • Terimalah hakikat bahawa setiap insan di dunia ini tidak terlepas daripada melakukan dosa ataupun kesilapan.
  • Jika kita dapat memahami hakikat ini,kita akan dapat memberi kemaafan terhadap kesalahan orang lain dengan lapang dada dan hati terbuka secara ikhlas.
"Janganlah kita mengimbas kembali dengan perasaan marah..Tidak pula memandang ke depan dengan perasaan takut,tetapi pandanglah sekeliling kita dengan rasa penuh kesedaran & keyakinan..."

ERTI SEBUAH KEMAAFAN

Luka di tangan nampak darahnya,luka di hati siapa yang tahu.Begitu pedih hati yang terluka.Jadi timbul pula satu persoalan,apakah ada pengubatnya??Apabila tangan terluka akan meninggalkan parut.Begitu juga apabila hati kita dilukai ataupun cedera emosi ia tetap meninggalkan parut di hati nurani kita.Parut ini seolah-olah bertujuan melindungi kita daripada dilukai lagi,Hati kita menjadi keras dan kebal terhadap dunia luar terutama orang yang penah melukai hati kita.

HAPUSKAN TERUS LUKA EMOSI LAMA
Luka emosi lama tidak boleh diubati dengan apa bentuk perubatan tradisional mahupun oleh doktor pakar.Luka tersebut hendaklah dihapuskan terus daripada ingatan dengan meluputkan ingatan yang silam.Ia hanya boleh dilakukan melalui keazaman dan kekuatan mental.
Contoh kisah sepasang suami isteri::
Si isteri mendapati suaminya berlaku curang terhadapnya dan membuatkan dia menaruh perasaan dendam dan ingin membalas dendam.Setelah mendapat nasihat daripada alim ulama dan ahli keluarga,si isteri bersetuju memaafkan suaminya.Dia tidak pula meninggalkan suaminya atau mencemuhnya.Sebaliknya dia menjalankan tugasnya sebagai isteri seperti biasa.Si isteri sebaliknya telah membalas dendamnya dengan pelbagai penolakan yang tidak kelihatan pada mata kasar,tetapi lahir daripada sikap dingin yang wujud daripada hatinya yang keras dan bebal.
Suaminya merasai kedinginan daripada ketidakrelaan isterinya.Apabila suaminya bertanya mengenai sikap dinginnya,isteri menjawab yang dia "telah memaafkan" tetapi tidak dapat "melupakannya".
Apa yang pasti,pembalasan yang diberi menjadi tamparan hebat kepada suami,manakala bagi isteri pula,ia menjadi racun yang merosakkan jiwa dan egonya.
Kedua-duanya akan menjadi lebih bahagia jika kemaafan diberi dengan sepenuh hati dan penuh kerelaan.Jika isteri enggan,lebih baik dia tidak memberi kemaafan langsung daripada memberi kemaafan yang tidak sepenuh hati...

KEMAAFAN HAPUS PARUT LUKA EMOSI
"saya boleh memaafkan,tetapi tidak boleh melupakan",samalah seperti "saya tidak memaafkan".Kemaafan sepatutnya diberi seperti nota ataupun kontrak yang dibatalkan dan dikoyak kemudian dihapuskan terus supaya ia tidak dipersoalkan lagi pada masa akan datang.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas,jujur dan sepenuh hati diikuti dengan hasrat mahu melupakan terus adalah umpama pisau bedah yang membuang segala nanah daripada luka emosi yang lama,menyembuh dan akhirnya menutupi tisu parut.
Kemaafan yang diberi separuh hati atau berpura-pura maaf samalah seperti satu pembedahan yang dibuat separuh jalan.Hasilnya,luka lama pasti akan bernanah kembali dan parutnya tetap ada.
Kemaafan yang telah diberi harus dilupakan buat selama-lamanya,begitu juga dengan keterlanjuran yang dimaafkan.Jika ia masih diingati,maka kemaafan hanya tinggal kemaafan kerana pedihnya tetap terasa.....
Cubalah hargai apa yang kita miliki.....walaupun ianya hanya untuk sementara,tapi percayalah..kehilangannya akan membuatkan kita begitu terasa..Tuhan ciptakan setiap manusia berpasangan..belum tentu yang ada di depan mata kita sekarang itulah jodoh kita,dan belum tentu yang dahulu bukan jodoh kita...ALLAH maha berkuasa menentukan segalanya..sayangilah apa yang kita ada sekarang..

Wednesday 9 March 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...dapat juga little buat blog ni akhirnya...
dah lama sangat teringin nak buat,tapi oleh kerana sebok sangat,baru hari ni dapat luangkan masa sikit...
Little baru lagi dalam nie..harap banyak lagi yang little boleh blajar...
Dulu little teringin nak jadi penulis nOvel,suka sangat baca novel.
Tapi tak tercapai...so dengan adanya blog ni little arap dapat sikit cetusan idea dari
pengalaman  little...<3
Mood::suka sangat2..